THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, July 1, 2010

Jangan engkau kahwini wanita yang enam

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ANANAH, yang MANANAH, dan yang HANANAH, dan jangan engkau kahwini yang HADAQAH, yang BARAQAH dan yang SYADAQAH.”

1- Wanita Ananah:-
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

2- Wanita Mananah:-
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.

3- Wanita Hananah:-
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4- Wanita Hadaqah:-
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5- Wanita Baraqah: -
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6- Wanita Syadaqah:-
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.

Sumber rujukan TS : Imam Al Ghazali

Wednesday, June 30, 2010

Globalisasi-satu penjajahan bentuk baru

Di dalam dunia penuh globalisasi ini sudah semestinya semua produk serta jenama diseluruh dunia diseragamkan untuk memenuhi minat yang sama bagi masyarakat dunia. Sudah semestinya produk barangan barat menjadi sambutan hangat terutama masyarakat asia tanpa menyedari ini merupakan salah satu daripada neopenjajahan dimana mereka mempengaruhi pemikiran kita. Tanpa kita sedari kita telah memuja produk barangan yang dipasarkan oleh barat.
Saya amat tertarik dengan langkah kerajaan Jepun kerana telah mengehadkan barangan import dan mengutamakan eksport. Ini menjadikan Jepun antara negara yang net eksport-importnya yang tertinggi di dunia. Berbanding dengan negara empat harimau (The four tiger) seperti Singapura dan Taiwan, pasaran di Jepun dikuasai oleh Keiretsu dimana firma asing sukar menembusi pasaran Jepun. Peranan ini sama seperti Chaebol di Korea Selatan. Langkah ini mendapat kritikan hebat daripada negara barat dimana mereka mengetahui peluang pasaran di Jepun seumpama lubuk emas yang belum diterokai.
Namun bukan mudah bagi Konglomerat barat untuk menembusi pasaran Jepun kerana masyarakat jepun sangat menghargai budaya mereka walaupun sekarang ini budaya tersebut telah terhakis sedikit demi sedikit akibat globalisasi terutama melalui alam siber namun ia tetap diselaraskan dengan kesesuaian budaya asal masyarakat Jepun.
Di Malaysia, globalisasi merupakan satu bentuk virus yang telah melanda negara kita sehingga ia tidak dapat dielakkan lagi. Ia telah tersebar sedalam-dalamnya di dalam pemikiran kita sehingga tiada vaksin yang mampu mengawalnya. Kesan utama daripada virus ini ialah kegagalan produk-produk tempatan untuk bersaing dengan produk import. Apa yang memburukkan keadaan ialah mentaliti masyarakat kita yang berpaksikan barat sehingga menganggap negara kita tidak sehebat mereka. Saya amat menyokong Dasar Pandang ke timur yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir suatu ketika dahulu. Namun, di mana keberkesanan dasar tersebut sekarang dalam melawan kemelut yang dipandang enteng oleh masyarakat negara ini.
Marilah kita bersama-sama mamacu arus perubahan terutama generasi muda dengan mengutamakan produk tempatan. Dengan kuasa pengguna yang kita ada, belilah produk tempatan kerana akhirnya kita juga yang mendapat faedah melalui kesan jangka panjang di mana pendapatan per kapita kita mampu meningkat secara drastik seperti negara Jepun dan Korea Selatan. Ayuh generasi muda marilah kita menyahut cabaran melawan arus globalisasi ini..

Friday, June 18, 2010

ATU NITE

Incredible night. Those who not coming what i can say was unlucky. The food was juz nice. Unfortunately i can't enjoy all types of food. Simply my stomach was full even when I was praying i can feel that it want to come out from my esophagus. The most terrible thing occurred juz people shouting 'opposition' when i was walked to the stage. Damn sh** syafiq hazmie,fly n gang.. Simply want to attract mr kamal n pn su..Aduh..After that mr kamal looking 4 me and advice something i already thought in the past..After this i gonna to re-brand myself as neutral..overalll it was juz awesome..

Thursday, June 17, 2010

First Time Blogging

3 years ago, it is hard for me to involve in social network as i am concentrating on spm. That the only thing playing inside my head as i hardly involved in blogging or facebooking. Now i am enjoying blogging where it become a new kind of media for my friends to follow my development especially when i pursue my study in us. Bravo KiMiE yusof..